Sejarah awal Astronomi

Tamadun manusia awal mempercayai bahawa Bumi adalah rata dan berkedudukan kaku, dengan keseluruhan langit berputar mengelilinginya sekurang-kurangnya sekali sehari. Sesetengah kepercayaan mereka kedengaran pelik di telinga pada masa kini.Sami Vedik India mempercayai bahawa Bumi ini disokong di atas dua belas tiang agung; semasa waktu malam Matahari lalu di bawah, melalui celah antara tiang tanpa mengenai tiang-tiang tersebut. Lebih menghairankan lagi adalah teori Hindu yang menyatakan bahawa Bumi terletak di belakang empat ekor gajah; gajah tersebut berdiri di atas cangkerang kura-kura gergasi, sementara kura-kura tersebut sendiri berdiri di atas naga yang terapung di atas lautan yang luas.

Manusia purba terpaksa bermula dari awal dan kesilapan pastinya tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya pencerapan bintang yang berguna dapat dilakukan, dan rekod awal terbukti amat berguna. Kemungkinan,pengkaji langit pertama yang sebenar adalah orang-orang Cina.

Sekitar 3000 S.M. orang-orang Cina mula menggunakan kiraan 'Tahun' yang terdiri daripada 365 hari, yang membolehkan mereka menghasilkan takwim. Ia tidak begitu penting kepada mereka sama ada Matahari mengelilingi Bumi, atau Bumi mengelilingi Matahari; 365 hari setahun adalah tepat dalam kedua-dua kes. Pakar astronomi Maharaja Cina menghasilkan takwim yang boleh digunapakai dan mampu menjangkakan bila berlakunya gerhana.

Bulan tidak mempunyai cahayanya sendiri,ia merupakan jisim kecil yang hanya 2,160 batu ukur keratan rentas diameter Matahari yang mempunyai keratan rentas sebesar 864,000 batu, terletak lebih jauh berbanding Bulan sehinggakan ia kelihatan hampir sama saiz di langit, dan inilah yang membolehkan gerhana matahari berlaku.

Gerhana

Semasa pergerakan bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala terpaksa melalui di hadapan Matahari. Pada ketika itu bahagian gelap Bulan berputar ke arah bumi,sebagaimana ditunjukkan di dalam gambar rajah; oleh kerana bahagian ini tidak memancar, Bulan tidak kelihatan. Ketika mana ia bergerak diantara Bumi dan Matahari, ia melindungi sebahagian permukaan matahari,

Semasa peredaran bulanannya mengelilingi Bumi, Bulan kadang-kala mesti melintas di hadapan Matahari. Pada ketika itu, bahagian gelap bulan menghadap bumi, oleh kerana bahagian ini tidak memantulkan cahaya, bulan tidak dapat dilihat. Ketika ia bergerak diantara Bumi dan Matahari, ia menutupi sebahagian permukaan Matahari, bayangan berbentuk gigitan kelihatan pada permukaan Matahari, dan ia bertambah besar ketika gerhana berterusan. Sekiranya Bulan menutupi Matahari sepenuhnya, gerhana penuh berlaku dan atmosfera Matahari akan kelihatan buat seketika dengan gambaran mengagumkan.

Biasanya ia adalah satu kemustahilan untuk melihat atmosfera Matahari dengan mata kasar atau dengan teleskop biasa, kerana ia ditenggelami oleh silauan cahaya Matahari itu sendiri. Bagaimanapun, apabila Bulan bertindak sebagai tabir, gambaran sepenuhnya terdedah—gas bak kilauan permata yang memancar yang juga dikenali sebagai korona, dan juga suar merah menyala yang menjulang dari permukaan suria. Kesemua gerhana penuh berlaku dalam tempoh sekitar lapan minit. Sebaik sahaja sebahagian daripada bahagian matahari keluar, korona dan julangan tersebut tenggelam; dan Bulan bergerak tenang dalam peredarannya, dan gerhana pun berakhir.

Walaupun orang-orang Cina mempercayai bahawa seekor naga sedang cuba menelan matahari, dan mereka perlu menghalau naga tersebut dengan menjerit, memukul gong, dan periuk bagi membuat bising, mereka tahu bahawa setiap gerhana akan diikuti oleh gerhana berikutnya setiap lapan belas tahun dan sebelas hari kemudian, dan dengan mengira dengan menggunakan tempoh Soros mereka boleh bersedia. Kadang kala kesilapan berlaku, dan terdapat satu kisah masyhur mengenai dua orang pakar astronomi istana malang, Hsi dan Ho, yang dihukum bunuh kerana gagal menjangka gerhana matahari. Ia mungkin sekadar lagenda, tetapi tidak dipertikaikan lagi bahawa ramalan gerhana telah dibuat oleh manusia yang hidup 4,000 tahun dahulu.

Gerhana matahari tidak berlaku setiap bulan, kerana laluan atau orbit bulan jelas menyenget, dan dalam kebanyakan kes bulan yang gelap, oleh itu tidak dapat dilihat melintasi dibahagian atas atau di bawah Matahari di langit, dengan itu tiada gerhana berlaku.

Berkaitan